" Remaja Idaman Syurga "



Tak semua ciptaan Allah kat dunia ni sempurna. Sekejap di bawah dan sekejap di atas. Macam mana kita hadap dengan kuat itu lah namanya kekuatan dalam diri sendiri.  Bila dah hadap dengan sendiri, usaha sendiri, Allah tahu niat kita ikhlas insyaallah semuanya akan keadaan lebih baik. Kita tak susah, kita tak bersendirian sebab Allah sentiasa ada di sisi. Semua orang kat dunia ni nak yang terbaik. Sedangkan yang baik nak lebih baik. Itu semua atas pada diri sendiri. Allah itu maha pemurah lagi maha penyayang. Bukan terlalu mudah untuk mendapat istiqamah daripadanya. Semua umatnya mengharapkan mendapat hidayahNYA. Akan tetapi bagaimana pun juga seseorang hamba tidak mungkin untuk sentiasa terus dan sempurna dalam istiqamahnya. Terkadang seorang hamba luput dan lalai yang menyebabkan nilai istiqamah seorang hamba menjadi berkurang. Oleh kerana itu Allah memberikan jalan keluar untuk memperbaiki kekurangan tersebut iaitu dengan beristighfar dan memohon ampun kepada Allah ta’ala dari dosa dan kesalahan.

Soleh maksudnya baik, iaitu baik dalam kehidupan di dunia. Ya memang benar tudung labuh, berjubah labuh, berstokin semuanya yang solehah. Sebaliknya Ianya juga adalah mengikut macam mana hati beristiqamah kepada Allah. Bukan hanya pada luaran. Inilah bukti syukur dan merupakan syarat utama untuk mewarisi bumi. Yang dulunya jahat, buruk di mata insan lain, siapa sangka sekarang sudah berniqab, menjaga pandangan, menjaga batas pergaulan, menjaga agama Allah dengan sebaik-baiknya. MasyaAllah hebatnya perancangan Allah SWT .  Hidup tak sempurna di awal nya, malah sempurna diakhirnya. Wallahualam,  Kita pesan diri kita juga semua yang membacanya, ingatlah segala ketentuan hidup ini adalah perancangan Allah SWT. Ujian hidup juga terus berjalan bagi menguji tahap keihklasan ketaatan kita. Dan jangan berhenti taat pada Allah apabila ditimpa ujian. Zaman REMAJA inilah zaman yang amat berharga bagi remaja diluar sana. Sesungguhnya zaman remaja adalah nikmat yang paling berharga dalam hidup. Detik remaja adalah himpunan dua masa yang menggabungkan manisnya zaman kanak-kanak dan masa tua. Matlamat hidup yang dikejar mencorak cara hidup kita. Kita hidup kerana matlamat itu. Ingatlah, sekiranya tiada Allah SWT dalam matlamat hidup seseorang muslim, hidup tanpa pegangan, tanpa ketenangan dan sentiasa mengeluh dalam kebimbangan, dia tak akan bahagia sehinggalah dia kembali kepada tuhan dan menyerahkan diri sebagai hambanya. Allahu ...


“Peliharalah (hak) Allah, tentu dia memeliharamu, peliharalah (hak) Allah, Kamu akan dapati dia bersamamu...” –Riwayat at-tarmizi. InsyaAllah semoga ibadah-ibadah yang kita lakukan akan diterima oleh Allah SWT. Janji kita kepada Rasulluah adalah pelihara lah solat. Dalam apa jua keadaan, pertahankanlah solat. Saya Pesan pada diri sendiri juga seangkatan saudara muslim saya, supaya utamakan solat melebihi semua keperluan lain. Hilangnya kasih dan perhatian Allah SWT pada kita berpunca pengabaian kita terhadap Allah SWT. Saya tak sehebat insan yang pandai berdakwah, juga ahli-syariah menyebarkan dakwah dengan bagus sekali. Saya Cuma insan biasa yang tidak mempunyai ilmu mendalam tentang menyampaikan benda yang baik, yang juga pasang surut iman pada diri, Cuma saya cuba untuk capai impian kita sama sama masuk ke syurga Allah. Alhamdulillah syukur, adanya buku  “Remaja idaman syurga” memberi sedikit ilmu pengetahuan yang boleh saya berkongsi. Sama sama kita menjadi remaja yang hebat, remaja yang bersyariat dan remaja Akhirat! insyAllah J

Sayang saya ツ


Assalamualaikum , Lama update Blog :) Biasalah , sibuk :D Hihi . Nak Story pasal adik aku yang Paling kecik nie . Dia Lahir 10.12.2012 . Kalau boleh Mama nak dapatkan tarikh 12.12.2012 . Tapi Tak dapat , tak apalah . Janji baby sihat :) Firstly nak bagi dia nama MUHD DANISH HAIKAL . Then takjadi sebab ape ntah . Mama dengan Abah pun letaklah Nama MUHD ZARIF DANISH .  Okay , Now dia nak masuk 3 bulan kowt . Happyyyy gilaa gilaa bila dia panggil aku “ ATAK “ . Mama , Danial , dengan aku sibuk panggil dia MUMUHUG ! sebab Mata dia besar . Ketawa dia pun besar :D Hahah ! Hari-hari dia main gelak-gelak dengan aku . bytheway aku Happy sangat sangat sangat tersangat sebab akhirnya aku dapat adik Baru jugak :’) Okay , Time mama tengah pregnant macam-macam dugaan berlaku dekat mama dengan baby . Oneday . Mama kene langgar dengan kereta mne entah .Time tu mama pregnant baru Tiga bulan . Alhamdulillah Allah panjangkan umur Mama dengan baby . Aku Balik-balik dari sekolah je mama terus cerita dekat aku . Gila terkejut aku . Nak nanges pon ada . Soalan pertama sekalii yang aku Tanya “ Mama , Baby Okay tak :/ “ Mama kata Alhamdulillah . Okay .  Happy sangat sebab takda ape yang berlaku dekat baby dengan mama . hihi . Now , Danish dah pandai tengok TV kadang-kadang boleh pulak dia ketawa . Alhamdulillah . Allah Makbulkan doa aku :’) Thanks Allah :’)